Dasar Privasi Kerjaya

Dengan memberikan butiran peribadi, menghantar permohonan (termasuk di mana anda menjalani temu duga video) atau CV, atau mendaftar minat untuk bekerja dengan Kumpulan Syarikat Macquarie (‘Macquarie’), anda akan mendedahkan maklumat kepada Macquarie maka memberi maklumat peribadi kepada Macquarie, termasuk data permohonan, jantina (jika anda memilih untuk mendedahkannya), status hak untuk bekerja, sejarah pendidikan dan butiran untuk menghubungi anda (‘maklumat anda’). Sila ambil maklum bahawa, setelah dimasukkan, Macquarie akan mengumpul, menggunakan dan mendedahkan maklumat anda di mana ia diperlukan untuk pentadbiran proses pengambilan dan, jika berkenaan, pekerjaan/penglibatan anda dengan Macquarie, atau di mana Macquarie mempunyai kepentingan sah dalam pemprosesan data. Contohnya, ia mungkin untuk tujuan-tujuan berikut:

  • untuk menilai dan mentadbir permohonan anda bagi pekerjaan/penglibatan menurut amalan pengambilan dan pentadbiran Macquarie (termasuk mengendalikan penilaian psikometrik dan pemeriksaan rujukan);
  • untuk berhubung dengan anda berkaitan permohonan anda atau lain-lain jawatan yang bersesuaian di dalam Macquarie;
  • untuk mematuhi mana-mana kewajipan undang-undang atau kawal selia;
  • pelaporan dalaman; dan
  • untuk memantau dan menyemak amalan pengambilan Macquarie.

Dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di atas, maklumat anda mungkin dikawal dan diproses oleh mana-mana pegawai, ahli gabungan, ejen, kotraktor dan penyedia perkhidmatan Macquarie di seluruh dunia. Di mana data anda perlu dipindahkan ke bidang kuasa lain, Macquarie akan mengambil langkah untuk melindungi maklumat anda daripada penyalahgunaan atau kehilangan dan akan mematuhi undang-undang tempatan (jika berkaitan) berkenaan dengan pemindahan. Sila jangan hantar maklumat anda jika anda tidak mahu maklumat anda diuruskan dalam cara-cara yang dihuraikan di dalam notis ini.

Jika permohonan anda berjaya, Macquarie akan menyimpan data anda dalam fail selama 3 tahun dan mungkin menghubungi anda jika terdapat jawatan lain (jika anda memohon untuk jawatan lain sebelum penanda 3 tahun dicapai, tempoh 3 tahun untuk semua maklumat akan bermula semula dari tarikh anda memohon jawatan berikutnya itu). Apabila penanda 3 tahun dicapai, Macquarie akan berusaha bersungguh-sungguh untuk sama ada memadam, menjadikan tanpa nama atau meletakkan maklumat peribadi tentang anda sebagai ‘tidak boleh digunakan’ di dalam tempoh 3 bulan. Sila hubungi Macquarie jika anda tidak mahu Macquarie menyimpan maklumat anda dalam fail. Jika permohonan anda berjaya, Macquarie akan menyimpan maklumat anda sebagai sebahagian daripada rekod pekerjaan.

Anda tidak dikehendaki oleh undang-undang untuk menghantar maklumat anda, tetapi Macquarie mungkin tidak dapat menerima atau memproses permohonan kerja anda jika maklumat anda tidak diberikan. Anda boleh meminta akses untuk maklumat anda (dan pembetulan maklumat yang salah) pada bila-bila masa dengan menghubungi Macquarie di privacy@macquarie.com. Jika anda berada di Kesatuan Eropah (EU) atau Kawasan Ekonomi Eropah, anda juga boleh meminta supaya data peribadi yang telah anda hantar kepada kami dipindahkan kepada pengawal lain. Macquarie akan menangani sebarang permintaan tersebut menurut kewajipan yang terpakai kepada kami di bawah Peraturan Perlindungan Data Am EU (GDPR). Jika anda berasa bimbang tentang cara Macquarie telah memproses atau menggunakan maklumat peribadi anda, anda berhak untuk membuat aduan dengan Pesuruhjaya Maklumat di lokasi anda, jika ada.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang pendekatan terhadap privasi data, sila lihat Dasar Privasi Kumpulan Macquarie.

Anda boleh menghubungi kami dengan menelefon +61 2 8232 3333, menghantar faks kepada kami di +61 2 8237 4544, menghantar surat kepada Kerjaya Macquarie, GPO Box 4294 Sydney NSW 1164 Australia, atau menghantar e-mel kepada privacy@macquarie.com.